![]() ![]() hello! welcome to my blog ! ![]() ![]() ![]()
| ![]() Assalamualaikum Hye all ![]() Tujuan aku menulis entry ni adalah untuk aku sendiri dan juga korank yang sedang baca entry ni . Hope u enjoy . Hidup ini tak seindah yang kita harapkan kan ? Kadangkala ada sahaja perkara yang berlaku tanpa kerelaan hati kita . Tapi.. ![]() Saat kita menempuh onak duri dunia, mungkin ada kalanya kesedihan itu terus memanjat-manjat di dasar hati lantaran ada dugaan yang memedihkan dan mengusik ketenangan jiwa. Air mata seakan bersedia mahu keluar agar tidak terus berombak di kolam hati. Saat itu, mungkin sabar tidak dikenali lagi. Dalam terharu, air mata tumpah juga, mengalir deras mengeringkan derita. Jadi, apa yang perlu kita lakukan ialah hadapi kesedihan itu ! Bersangka baik dengan kesedihan yang menyapa diri kita. InsyaAllah pasti ada hikmahnya. Allah menguji kita kerna Dia tahu kita mampu mengahadapinya. Bersangka baiklah pada Allah. Allah tidak akan pernah mengecewakan kita. Yakinlah ! Ingatlah tangisan yang terindah itu apabila butir-butir mutiara mengalir hangat di pipi lantaran terasa diri kita begitu kerdil di sisi Allah dan begitu berdosanya kita kepada Allah. Jika kita soal pada hati kita yang paling dalam, berapa banyakkah dosa kita ? Sikitkah ? Banyakkah ? Terhitungkah ? Allahu Rabbi.. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita serta menggerakkan hati supaya bertaubat kepadaNya agar diri tidak tenggelam dengan dosa-dosa yang kita lakukan. "Lihatlah disekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus asa, senyuman yang kau berikan dan airmata yang kau titiskan, simpan.. jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan.. buat pedoman" "yang pasti DIA maha mengetahui.. kalau kita menangis, DIA ada menemani.. sering bersama.. cuma kita yang sering buta..kalau sedih.. ingatlah, la tahzan innallaha maa'na.. maksudnya, 'jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama-sama kita'.." Tersenyumlah wahai hati yang bersedih :') Wassalam.. |