Ma Secret !
Master



Diaries Owner Linkies Stuff

hello! welcome to my blog !


TalkActive



Credits!

Base Code: Cikmimin
Template By: Miss 'S'
Header By: MrsBaekYeol
Edit By: Dyyra Salsabilla


Tinggal Kenangan

Assalamualaikum..
Hmm 


Kehilangan adik kesayangan memang menyakitkan..tetapi aku sekeluarga terpaksa redha dan merelakan dia pergi.Mungkin ini yang terbaik buat adik kesyangan aku :(

Hmm..dulu aku ada buat entry pasal adik aku masuk hospital kan ??~> Entri Ni <~ 
Dekat entry tu ada mengisahkan tentang adik aku yang menghidap penyakit di bahagian jantungnya dan bakal dibedah,tetapi disebabkan adikku masih kecil doktor tidak sanggup mengambil risiko dan menangguhkan pembedahan itu.

 Dan pada awal april lalu adikku Nusaibah Nabihah telah masuk wad selama 2 minggu . selepas 2 minggu keluar ,Hari Ahad malam Isnin , adikku ditahan lagi.Pergi ke wad kecemasan Hospital Serdang selepas maghrib.Bila x-ray , jantungnya bengkak.Terpaksalah masuk wad lagi.Hmm..setiap kali masuk wad , memang akan terusik perasaan bila doktor pakar berpesan supaya bersedia kerana mengikut pengalaman mereka , dia tak dapat bertahan lama.


Ya Allah , kurniakan lah yang terbaik untuk adikku dan kami sekeluarga.Kurniakanlah kami kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian ini.

Dan pada 10 May 2012 , jam 6:45 a.m. di Hospital Serdang.Adikku , Nusaibah Nabihah telah
 meninggalkan dunia yang fana ini..Tamatlah deritanya yang menghadapi masalah jantung.Wahai adik kesayangan kakak,tempat adik pasti di syurga tetapi kenangan bersama adik selama 9 bulan tetap dalam ingatan kakak ....

Ya Allah kurniakanlah kekuatan serta kesabaran untuk hidup tanpa mendengar tangis dan tawanya , tanpa mengusap rambutnya , mendukungnya dan sebagainnya...Terima kasih juga kepada saudara mara , kawan-kawan yang sentiasa berdoa untuk kebaikkan adikku kerana telah mendoakan yang terbaik buat adik aku.




Ini di antara gambar-gambar ketika adik nusaibah dimasukkan ke dalam wad biasa sepanjang adik nusibah hidup :

Ini lh katil adik aku semasa ditempatkan di dalam wad biasa di Hospital Serdang

ni pula gambar adikku sebelum tenat..

Ini pula masa adik kena check up oleh doktor 

Abah aku sedang bermain-main dengan adik ella :)

masa kat IJN

Ketika adik masih mampu tersenyum

Semasa berada di wad 6D Hsptl Serdang.Susu terpaksa dimasukkan melalui tiub kerana kurang upaya menyusu secara formal.

Lagu yang direka oleh umi aku khas buat adik Nusaibah Nabihah ketika hayatnya :

Adik ni 
Budak sayang , sayang ,
sihat - sihat ,
kuat - kuat...


Dan yang terakhir ini.......


Antara mainan yang selalu dimain oleh adik nusaibah..Tipu kalau aku katakan yang aku tak pilu apabila tengok mainan ni :'(




Wassalam  

Label: